Penjawat awam ‘Mengular’ sebab khidmat urutan ‘B2B’

Georgetown: Tiga penjawat awam antara empat lelaki yang ditahan hari ini kerana disyaki berkhalwat dengan wanita yang menawarkan khidmat urutan seks.

Mereka yang berusia antara 30 hingga 45 tahun dan berstatus suami orang ditahan di 10 premis sekitar pusat bandar dan Butterworth yang diserbu dalam operasi Op Noda bermula 3 petang hingga 7 malam.

Ketua Unit Operasi bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) Mohd Azizon Noordin berkata, turut ditahan seorang wanita yang menawarkan khidmat urutan seks.

Katanya, operasi itu digerakkan selepas pihaknya melakukan risikan susulan aduan daripada isteri yang mendakwa suami mereka terbabit kegiatan tidak bermoral.



“Hasil serbuan mendapati kesemua mereka dipercayai menerima khidmat seks di premis yang berselindung di sebalik pusat urutan tradisional.

“Lebih mengejutkan ada penjawat awam yang meninggalkan pejabat ketika waktu bekerja, semata-mata bagi mendapatkan khidmat berkenaan,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Azizon berkata, mereka yang ditahan mendakwa memerlukan khidmat itu untuk menghilangkan penat, manakala siasatan terhadap wanita pula mengaku aktiviti pelacuran itu sebagai sumber pendapatan.

“Namun kita dapati ada juga dalam kalangan mereka yang hanya makan gaji semata-mata daripada tauke premis.

“Biasanya operasi sebegini dibuat pada waktu malam tetapi risikan mendapati modus operandi lelaki hidung belang yang mendapatkan khidmat seks di pusat urut, kini turut berlaku pada waktu siang,” katanya.

Menurutnya, semua yang ditahan dibawa pejabat JHEAIPP bagi tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri Pulau Pinang 1996.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker