SPRM Azam Baki sahkan Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di mahkamah esok.

Kenyataan itu mengesahkan Ahli Parlimen Pagoh yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang sedang diambil keterangan oleh SPRM Putrajaya tidak dihadapkan ke mahkamah hari ini.

“Esok beliau dijangka akan didakwa. Bukan hari ini,” katanya ketika dihubungi



Muhyiddin dilihat tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, pada jam 11.18 pagi, bagi memberi keterangan dipercayai berkaitan kes salah guna dana kerajaan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Sementara itu, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata,

Muhyiddin Yassin sebelum ini menyatakan dirinya tidak bersalah atas tuduhan penyelewengan Jana Wibawa.

“Berdasarkan perbincangan sebelum ini, beliau menyatakan keyakinan tidak bersalah,” katanya kepada pemberita selepas Muhyiddin masuk ke bangunan Ibu Pejabat SPRM, hari ini.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button