Kluster mahkamah: Reezal Merican tegur parti lawan jaga adab dan akhlak

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican tidak menyukai terma kluster mahkamah yang dimainkan parti lawan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 12 Mac ini.

Menurut Reezal yang juga merupakan Ahli Parlimen Kepala Batas, parti lawan turut mempunyai kepimpinan tertinggi yang terpalit dengan isu mahkamah seperti mana yang sibuk dilaung-laungkan mereka terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak suka dengan pelabelan kluster mahkamah… seolah-olah mereka ini terlalu didosakan.

“Ramai kluster mahkamah, kalau dikirakan mereka ini bukan sahaja daripada BN tapi Syed Saddiq pun datang daripada kalangan mereka yang ada kes-kes mahkamah tp saya tak panggil Syed Saddiq kluster mahkamah.



“Lim Guan Eng pun kes rasuah tapi saya tak panggil Guan Eng YB rasuah.

“Kena ada adab dan akhlak. Kita janganlah rasa holier than thou, lebih mulia daripada yang lain,” katanya kepada My-tv Online.

Reezal ditemui ketika mengadakan sesi ramah mesra bersama calon penyandang BN Parit Raja, YB Nor Rashidah Ramli di Kompleks Niaga Parit Raja, Batu Pahat hari ini.

PRN Johor kali ini menyaksikan Rashidah bakal dicabar Zulkifli Mat Daud dari Perikatan Nasional, Muhammad Fikri Musa (Muda) dan Abdul Lateef Mahrani (Pejuang). – My-tv Online



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker