Kenapa Sanusi Berwajah Masam Selepas Beri Keterangan Kepada SPRM?

Kenapa Sanusi Berwajah Masam Selepas Beri Keterangan Kepada SPRM

Kenapa Sanusi Berwajah Masam Selepas Beri Keterangan Kepada SPRM?

Khamis lepas, 11 Januari, Sanusi telah hadir ke ibu pejabat SPRM, Putrajaya, untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan rasuah RM6 juta yang melibatkan KFA.

Sebelum itu, SPRM telah menahan reman empat individu termasuk CEO KFA.

Masing-masing berusia 40 hingga 60 tahun bagi membantu siasatan kes.

SPRM menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada kontraktor yang telah dijanjikan mendapat projek-projek di negeri berkenaan.



Kontraktor tersebut dijanjikan projek kerajaan negeri jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Namun, selepas menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan, mereka tidak menerima sebarang projek sebagaimana dijanjikan individu terbabit.

Berdasarkan siasatan, terdapat individu penting berjawatan tinggi di kerajaan negeri dan KFA yang berjanji akan memberikan projek-projek pembinaan dan perkhidmatan.

Ianya sebagai balasan kepada kontraktor yang menyumbang dana.



Merasakan telah ditipu, laporan kepada SPRM telah dibuat atas penawaran projek yang dijanjikan oleh individu berkenaan.

Pada 7 Januari lalu, Sanusi mendakwa, wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) adalah sumbangan sebuah syarikat.

Oleh itu, SPRM telah mengarahkan Sanusi hadir di ibu pejabat SPRM Putrajaya untuk dirakam keterangan beliau.

Walau pun pada malam 10 Januari 2024, Sanusi memberitahu beliau belum menerima sebarang ‘jemputan’ dari SPRM.

Tetapi yang menarik perhatian penulis adalah, dari maklumat rakan media yang membuat liputan, Sanusi dilihat tidak ‘mesra’ sebagaimana biasa.

Kira-kira 20 orang pengamal media yang telah berkampung di luar ibu pejabat SPRM, terpaksa balik dengan hampa.

Sanusi bukan sahaja tidak mahu memberhentikan kereta, malah tidak langsung membuka tingkap kereta untuk melambai kepada pengamal media yang sedang menunggu.

Ada yang melaporkan, wajah Sanusi dilihat tegang dan masam ketika kereta Mercedez beliau lalu di hadapan sekumpulan pengamal media.

Keadaan ini mengingatkan penulis kepada reaksi wajah Muhyiddin ketika selesai mengadap YDP Agong selepas PRU 15.

Kenapa Sanusi Berwajah Masam Selepas Beri Keterangan Kepada SPRM?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker