Kapal selam dikuasakan dengan pedal

Kapal selam dikuasakan dengan pedal

Kapal selam dikuasakan dengan pedal
PROTOTAIP kapal selam dikuasakan dengan pedal diuji di perairan Kepulauan Canary. FOTO Reuters

Berlin: Penuntut universiti Jerman menguji prototaip kapal selam dikuasakan dengan pedal di perairan Kepulauan Canary, gugusan pulau milik Sepanyol di barat laut Afrika, untuk dipertandingkan di peringkat antarabangsa.

Kapal selam yang direka bakal jurutera di Universiti Rhine-Waal itu, dilengkapi dengan sejenis basikal bawah air yang dipandu arah oleh penyelam skuba.

Ia bertujuan supaya tidak merosakkan ekosistem marin.



Kapal selam dikuasakan dengan pedal
KAPAL selam yang direka bakal jurutera di Universiti Rhine-Waal itu, dilengkapi dengan sejenis basikal bawah air yang dipandu arah oleh penyelam skuba. FOTO Reuters

Berbanding kipas setajam pisau cukur yang boleh memusnahkan tumbuhan dasar laut, kapal itu mempunyai sirip yang diilhamkan daripada ciri pada hidupan liar akuatik.

Kapal selam dikuasakan dengan pedal
BERBANDING kipas setajam pisau cukur yang boleh memusnahkan tumbuhan dasar laut, mesin itu mempunyai sirip yang diilhamkan hidupan liar akuatik. FOTO Reuters

Mentor penuntut, William Megill berkata, mereka akan menyertai Siri SubRacing pertama pada tahun depan.

Katanya, ia adalah pertandingan akan diadakan di kawasan pemuliharaan lautan utama di seluruh dunia untuk memupuk pengetahuan saintifik.

“Kami mempunyai beberapa cabaran di sekitar Kepulauan Canary, jadi itulah sebabnya kami bermula di sini,” katanya kepada Reuters di pantai Arinaga, Gran Canaria.



Kapal yang bersaing dalam Siri SubRacing itu akan diketuai pemandu dan navigator (pemandu arah) yang mengemudi kapal selam itu menerusi penglihatan semula jadi dan teknologi Augmentd Reality (Realiti Terimbuh).

Kapal selam dikuasakan dengan pedal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saksi 1MDB ‘minta nyawa’, nama Najib akan dibersihkan?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button