Shuhada Jadi Model Muslimah Buatkan Netizen Teruja

“Suami Hilang Job, Yang Isteri Bertambah Rezeki”

Shuhada Jadi Model Muslimah Buatkan Netizen Teruja

Shuhada Jadi Model Muslimah Buatkan Netizen Teruja

Pada awal Mac lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita mengenai pelakon Hafidz Roshdi yang telah memukul isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri sebanyak tiga kali dan terpaksa menerima 10 jahitan disebabkan perbuatan Hafidz.

Perit harus ditelan, kehidupan perlu diteruskan, Nurul Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu kini dilihat sudah mula mengorak langkah demi kelangsungan hidup dengan menjalankan perniagaan serta mula aktif menerima tawaran sebagai model muslimah.

“Bismillahirrahmanirrahim…Bahagia cara kita ❤️.”-kapsyen Shuhada di Instagram

“Cantik Sangat Shu & Comelnya Anak-Anak…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen serta usahawan terkenal seperti Belle Yahya, Tya Adnan, Dena Bahrin dan ramai lagi dilihat membanjiri ruangan komen hantaran Shu dengan memberikan kata-kata pujian melihat penampilan Shu serta anak-anaknya yang sangat comel, malah ramai yang menitipkan doa agar Shu terus kuat dan dipermudahkan segala urusan.

“Rindu dah dekat Umar dan Humairah. Syukur sangat Allah hadirkan anak-anak Shu yang masyaAllah sangat comel dan bukan comel muka saja tapi telatah comel yang buat orang geram hehe.”-Belle Yahya

“Cantik Shuu & comelnya anak-anak masyaAllah.”-Dena Bahrin

“Cantik sangat Shu 😍.”-Tya Adnan

“Rugi seorang suami meninggalkan sebuah keluarga yang sepatutnya boleh mencipta bahagia bersama. Terus kuat Shu.”

“Yang suami hilang job, yang isteri bertambah rezeki. Orang yang teraniaya sentiasa menang. Stay strong Shu!.”

 

Shuhada Jadi Model Muslimah Buatkan Netizen Teruja

Shuhada Jadi Model Muslimah Buatkan Netizen Teruja

 

 

Dipetik dari laporan Berita Harian, ahli keluarga mengesahkan bahawa Nurul Shuhada telah ditumbuk sebanyak tiga kali oleh Hafidz Roshdi  selepas berlaku pertengkaran.

Bukan itu sahaja, Hafidz turut melafazkan cerai dengan talak satu kepada Shuhadi sambil disaksikan ahli keluarga pada 23 Februari lalu.

Rachel buat kem gimnastik tersenyum

Shuhada Jadi Model Muslimah Buatkan Netizen Teruja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker