Roh Roh Roh, Neh Neh Neh, Air Paip Kelantan Yang Keruh, Tak Jernih Jernih

Roh Roh Roh, Neh Neh Neh, Air Yang Keruh, Tak Jernih Jernih

Roh Roh Roh, Neh Neh Neh, Air Paip Kelantan Yang Keruh, Tak Jernih Jernih

Akhirnya selepas berdolak dalih, setiausaha politik Hadi Awang, Shahir Sulaiman, bersetuju untuk berdebat dengan ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Rafizi yang juga merupakan Menteri Ekonomi membuka gelanggang dengan hujah pembukaan selama 12 minit.

Dalam hujah pembukaan, Rafizi menggariskan beberapa punca yang menurut beliau telah menyebabkan ekonomi negara menguncup sejak tahun 2000.

Beliau menekankan tatakelola yang lemah serta sikap rakus pemimpin yang berkuasa adalah antara puncanya.

Negara juga terlalu bergantung kepada hasil komoditi dan perladangan serta perindustrian berasaskan buruh yang menawarkan kadar upah yang rendah.

Rafizi mendakwa akibatnya kadar kenaikan gaji di Malaysia tidak bergerak selari dengan kenaikan kos kehidupan rakyat.

Dalam hujah pembukaan Shahir pula, beliau sekadar mengulangi apa yang dilontarkan Rafizi.

Namun apa yang menarik perhatian penulis apabila Shahir mendakwa undang-undang negara hanya menghukum penerima rasuah.

Tetapi undang-undang tidak menghukum pemberi rasuah.

Beliau memberikan contoh bagaimana DS Najib yang telah dihukum atas dakwaan kes SRC, tetapi pemberi rasuah masih bebas di luar.

Jelas bagi penulis, dakwaan Shahir itu khilaf atau beliau keliru atau mungkin juga beliau membuat kenyataan tanpa merujuk kepada Akta 694 – SPRM (2009).

Perkara 17(a) dan Perkara 17(b) dalam akta tersebut dengan jelas mensabitkan kesalahan kepada penerima dan pemberi rasuah.

Dalm kes SRC DS Najib, bukan undang-undang yang menghalang pemberi rasuah dihukum.

Tetapi yang menghalangnya adalah pemimpin yang kini bersama-sama PAS dalam PN.

Penulis tidak mahu ulas sepenuhnya debat antara Rafizi dan Shahir, kerana ia akan menjadi sangat panjang.

Shahir Beretorik Politik, Bukan Berdebat

 

Tetapi secara keseluruhannya, secara jujur bagi penulis, debat Shahir lebih merupakan kempen politik dari membincangkan tajuk sebenar Model Baharu Ekonomi Negara.

Model baharu sepatutnya lebih kepada perbincangan mengenai perancangan untuk masa hadapan, bukannya bernostalgia dengan kisah silam yang tidak relevan.

Shahir juga gagal memberikan cadangan bagaimana satu anjakan paradigma boleh dilakukan untuk melonjakkan ekonomi negara.

Akhirnya beliau menutup dengan pantun 2 kerat, ruh, ruh, ruh, neh, neh, neh, buang yang keruh, ambil yang jernih.

Apakah mungkin beliau menyindir kerajaan PAS Kelantan yang gagal menyelesaikan masalah air paip yang keruh?

Kalau benar, elok diolah pantun tersebut kepada roh roh, neh neh, ayer paip Kelantan yang keruh, bila boleh jernih…😜😜😜

 

Roh Roh Roh, Neh Neh Neh, Air Paip Kelantan Yang Keruh, Tak Jernih Jernih

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker