[REVIEW] Honor X9b 5G: Bukan Sekadar Tahan Lasak

[REVIEW] Honor X9b 5G: Bukan Sekadar Tahan Lasak

[REVIEW] Honor X9b 5G: Bukan Sekadar Tahan Lasak
[REVIEW] Honor X9b 5G: Bukan Sekadar Tahan Lasak
Honor X9b 5G adalah salah satu telefon pintar terbaharu yang telah lama ditunggu oleh peminat teknologi. Dengan pelbagai ciri unggul dan reka bentuk yang menawan, Honor X9b telah menarik perhatian ramai orang.

Baru dilancarkan pada 1 November yang lalu, reka bentuknya yang elegan serta tahan lasak merupakan salah satu tarikan utama HONOR X9bDengan bingkai yang nipis dan bentuk  yang ramping, telefon pintar ini kelihatan sangat menawan. Malah ia ergonomik, menjadikannya selesa untuk dipegang dan digunakan setiap hari.

Sebelum itu, jom lihat video UNBOXING di bawah.

View this post on Instagram



A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

REVIEW HONOR X9b

Kita mulakan dengan prestasi,  HONOR X9b dilengkapi dengan pemproses yang berkuasa, RAM yang cukup besar dan kapasiti storan yang mencukupi. Ini menjadikan ia dapat menjalankan aplikasi dan permainan dengan lancar tanpa sebarang halangan. Anda boleh menjalankan memasang beberapa aplikasi serentak tanpa mengalami lag.

[REVIEW] Honor X9b 5G: Bukan Sekadar Tahan Lasak

 

Beralih kepada kualiti skrin, HONOR X9b tersedia dengan 6.78″ Paparan AMOLED serta Resolusi Retina 1.5K. Kemudian kadar penyegaran mencapai 120Hz. HONOR X9b menawarkan salah satu paparan terbaik dalam segmen harganya yang boleh mencapai kecerahan puncak 1200 nits. Serta menawarkan pemalapan PWM 1920Hz untuk mengurangkan ketegangan mata apabila tontonan dalam kecerahan rendah.



HONOR X9b ialah peranti pertama yang dilengkapi dengan Qualcomm SM6450 Snapdragon 6 Gen 1 (4 nm) yang digandingkan dengan 12GB RAM dan storan 256GB. Ia menawarkan peningkatan prestasi 30% berbanding model sebelumnya yang menggunakan cip Snapdragon 695.

Baterinya juga telah mencapai 5800mAh yang menawarkan penggunaan sederhana sehingga 3 hari.

Dari segi kamera, terdapat peningkatan pada kamera utama iaitu Kamera Ultra Jelas 108MP, Ultralebar 5MP dan Kamera Kedalaman 2MP di belakang.  Kamera utama juga akan menyokong rakaman video 4K, manakala swafoto akan dikendalikan oleh kamera 16MP di hadapan.

[REVIEW] Honor X9b 5G: Bukan Sekadar Tahan Lasak

 

Sebab mengapa HONOR menjadikan telefon ini lebih tahan lama berbanding sebelum ini adalah kerana paparan Paparan Antijatuh Melantun Ultra HONOR yang baharu. Teknologi ini menawarkan tiga lapisan perlindungan yang memastikan skrin akan menahan hentakan dari setiap sudut yang jatuh sehingga 1.5m tinggi. Ini video ujian yang telah dijalankan baru-baru ini.

HONOR X9b dijual pada harga RM1,499 di Malaysia dan HONOR menawarkan jaminan penggantian retak selama 365 hari untuk kedua-dua kaca hadapan dan belakangnya.

Kesimpulannya, Honor X9b ialah telefon pintar yang benar-benar tahan lasak  dengan kamera serba boleh. Telefon ini adalah pilihan yang bagus untuk mereka yang mencari telefon pintar yang lengkap dengan bateri yang tahan lama.

Berminat? HONOR X9b tersedia dalam tiga varian warna iaitu Sunrise Orange, Titanium Silver dan Midnight Black, prapesanan bermula hari ini di HiHonor.com, kedai HONOR dan pengedar sah. Manakala ketersediaan umum adalah pada 10 November dan seterusnya.

[REVIEW] Honor X9b 5G: Bukan Sekadar Tahan Lasak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kes Pembunuhan Altantuya: Ada Yang Lebih Penting Di Bongkarkan Selain Usaha Membawa Pulang Sirul Azhar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker