Resepi Burger Malaysia terbaik

Resepi Burger Malaysia terbaik
Resepi Burger Malaysia terbaik

 

Resepi Burger Malaysia terbaik dan paling sedap. Dah lama Che’ Nom nak cuba buat burger malaysia ni sebab memang suka makan tapi cuma sekarang baru ada kerajinan nak mencuba. Inti sambal ikan bilis haruslah agak pekat supaya burger malaysia tidak lembik kerana kuah sambal yang cair dan bun pasti kekal lembut dan gebu.

 

Bahan-bahan:

 

  • 2 cawan (256g) tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar majerin atau shortening
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/2 sudu besar gula halus
  • 180ml air suam

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Bancuh serbuk yis bersama 50ml air suam yang diambil daripada sukatan 180ml. Kacau larut bersama sedikit gula halus, dalam 1/2 sudu besar. Biarkan selama 5 minit atau sehingga yis berbuih dia permukaan.
  2. Dalam mangkuk berasingan satukan tepung gandum, baki gula halus tadi, susu tepung dan garam. Kemudian masukkan marjerin dan gaul menggunakan tangan sehingga bahan kering dan mentega bergaul sebati.
  3. Tuang air bancuhan yis sedikit demi sedikit dan diikuti baki air suam yang tinggal tadi.
  4. Jika anda menggunakan mixer, uli sehingga doh bergumpal dan tidak melekit.
  5. Masukkan doh ke dalam mangkuk yang telah digris dengan sedikit minyak dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembap supaya permukaan doh tidak kering. Perap sehingga doh naik 2 kali ganda.
  6. Ambil doh dan tumbuk sedikit supaya udara keluar. Uli seketika dan bahagikan kepada 12 bahagian. Jika anda mahukan mini burger Malaysia mungkin boleh dibahagikan kepada 16 bahagian kecil.
  7. Buat bulat dan letak di atas dulang yang ditabur dengan tepung. Tekan sedikit supaya leper tetapi jangan terlalu leper,cuma tekan sedikit sahaja.
  8. Tutup dengan tuala dapur yang bersih dan biarkan doh kembang buat kali ke dua selama 30-35 minit
  9. Panaskan minyak, goreng kedua belah bahagian sehingga keperangan. Pastikan minyak jangan terlalu panas kerana nanti bahagian dalam tidak masak.
  10. Angkat dan toskan di atas kertas tisu untuk menyerap lebihan minyak. Belah di tengah tetapi jangan sampai terputus, kemudian sapukan dengan sambal ikan bilis dan hirisan timun.

 

Tip:

 

  • Sapukan tangan dengan tepung yang banyak sebelum angkat doh untuk dimasukkan di dalam kuali supaya doh tidak melekat di tangan dan bentuk doh kekal cantik dan bulat

 

Burger Ramly Special Double

 

Resepi Burger Malaysia terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker