Pearly-Thinaah ke separuh akhir

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah memastikan Malaysia terus mengibarkan cabaran di Terbuka Jerman selepas berjaya melangkah ke separuh akhir, awal pagi tadi.

Pasangan nombor enam dunia itu mara selepas menumbangkan bekas juara dunia dua kali dari Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara 21-17, 18-21, 21-11 pada aksi suku akhir kejohanan yang berlangsung di Mulheim.

Mereka dijadual menentang satu lagi pasangan Jepun yang juga pilihan utama kejohanan, Nami Matsuyama-Chiharu Shida bagi perebutan tiket ke pentas final, lewat tengah malam ini.



Pearly-Thinaah menjadi wakil tunggal negara yang masih meneruskan cabaran di Terbuka Jerman selepas beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terkandas di peringkat suku akhir.

Tang Jie-Ee Wei terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu Korea Selatan, Kim Wan Ho-Jeong Na Eun 20-22, 14-21.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button