Padah jual seluar, beg jenama tiruan

Kota Bharu: Tindakan dua premis menjual seluar dan beg jenama tiruan yang dianggarkan bernilai RM6,375 di Pengkalan Chepa di sini, mengundang padah apabila perbuatan mereka dikesan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)

Rampasan dibuat terhadap semua barangan itu oleh sepasukan anggota KPDNHEP dalam operasi bersepadu hari ini bersama wakil Pemilik Cap Dagangan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan, Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya mengesan dua premis pakaian yang dimiliki dua pemilik berusia 30-an menjual seluar serta beg berjenama yang tiruan.

“Hasil Operasi yang dijalankan mendapati dua tindakan kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019 membabitkan rampasan seluar dan beg jenama terkenal dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM6,375.

“Siasatan lanjut terhadap dua premis yang diambil tindakan akan diteruskan bagi mengenal pasti pembekal utama barangan tiruan ini diperoleh,” katanya menerusi satu kenyataan media di sini, hari ini.

Azanizam Affendi berkata, hasil soal siasat yang dijalankan, dua pemiliknya itu menjalankan jualan dalam talian dan mendakwa barangan itu adalah asli serta ‘vintage’ malah harganya juga seakan menyamai barangan asli.

Jelasnya lagi, penjualan barangan tiruan menjadi kesalahan di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan terbabit.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker