‘Contohi Man City’ – Ten Hag

Manchester: Manchester United perlu belajar daripada aksi konsisten Manchester City, menurut pengurus Erik ten Hag ketika beliau bertekad mahu bangkit daripada kekalahan memalukan 3-6 dengan seteru setempat itu.

Kekalahan kepada juara bertahan Liga Perdana itu menamatkan rentetan empat kemenangan berturut-turut anak buah Ten Hag sejak tewas dalam dua perlawanan pertama di bawah bimbingannya.

Ia termasuk kemenangan mengagumkan ke atas Liverpool dan Arsenal dan bekas bos Ajax itu menggesa pemainnya untuk mencapai tahap seperti itu dalam setiap perlawanan.

“Ia perlukan kekuatan fizikal, mental serta aksi konsisten,” kata Ten Hag menjelang pertemuan dengan Everton awal pagi Isnin.

“Apabila anda mempunyai kekurangan itu sebelum ini, ia bukanlah sesuatu yang anda boleh pulihkan atau raih kemajuan dalam tempoh seminggu atau sebulan. Ia mesti ada dalam sistem anda.

“Saya fikir City mencapai standard itu dan ada beberapa pasukan lagi berada di tahap sama tetapi saya rasa kami juga mampu mencapainya.

“Kami sudah melihatnya ketika menentang Liverpool dan Arsenal, tetapi kini kami perlu melakukannya secara konsisten dan itulah yang perlu kami usahakan sekarang,” katanya.

Ten Hag berharap Raphael Varane akan pulih daripada kecederaan buku lali yang dialami ketika bertemu City menjelang kunjungan ke Goodison Park.

Tetapi kapten, Harry Maguire, Aaron Wan-Bissaka dan Donny van de Beek masih mengalami kecederaan.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker