Annuar Musa mahu bertanding Presiden UMNO?

 

Tan Sri Annuar Musa pernah bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO namun beliau kalah kepada Datuk Seri Utama Mohamad Hj Hasan.

Menilai kepada situasi sekarang dalam UMNO, tidak mustahil Annuar akan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini.

Ini berdasarkan kenyataan beliau pada 18 Mac 2022.

“Saya bukan menjadi ahli UMNO 10 tahun. Saya ahli UMNO seumur hidup yang sudah menjadi ahli lebih 40 tahun.

Sebenarnya, saya lebih senior daripada Presiden UMNO, saya menjadi menteri lebih awal, saya menjadi ahli Majlis Tertinggi lebih awal, saya menjadi Ketua UMNO Bahagian lebih lama,” – Berita Harian (18 Mac 2022)

Dengan isu panas berkaitan ‘PASLeak’ yang hangat diperkatakan, Annuar seolah memberi isyarat jelas beliau sudah bersedia untuk bertanding jawatan Presiden.

Namun demikian timbul pula persoalan mengenai kedudukan beliau sebagai calon Parlimen Ketereh sekiranya PRU15 diadakan dalam waktu terdekat dan pemilihan hanya berlaku selepas PRU.

Adakah beliau akan dipilih sekali lagi mewakili UMNO/BN atau digugurkan dari senarai calon? UMNO sebelum ini telah memutuskan sebanyak 70% muka baru akan diketengahkan sebagai calon UMNO pada PRU15.

Mengungkap persoalan calon, sekiranya Annuar Musa tidak tercalon pada PRU, apakah beliau akan ‘berhijrah’ ke parti lain?

Jika itu berlaku bagaimana beliau mahu bertanding jawatan Presiden UMNO?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker