Enam remaja bersalah berhubung kes guru dipenggal kepala

Enam remaja bersalah berhubung kes guru dipenggal kepala

Enam remaja bersalah berhubung kes guru dipenggal kepala
GAMBAR HIASAN

Paris: Mahkamah Perancis pada Jumaat mensabitkan enam remaja bersalah berhubung kes guru sejarah, Samuel Paty, yang dipenggal kepalanya pada 2020.

Hukuman penjara itu antara 14 bulan hingga dua tahun, tetapi semuanya sama ada ditangguhkan atau diringankan.

Tiada defendan akan menjalani hukuman penjara, menurut penghakiman yang dibacakan dalam prosiding tertutup.

Samuel Paty, seorang guru sejarah dan geografi berusia 47 tahun, ditikam dan kemudian dipenggal kepalanya berhampiran sekolahnya di pinggir bandar Conflans-Sainte-Honorine di Paris, pada 16 Oktober 2020.

Peguam yang mewakili rakan dan keluarga Paty mengecam kelonggaran hukuman itu, menyifatkan sebagai ‘tidak sesuai’ dan menghantar ‘isyarat buruk’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu


Peguam itu membuat kenyataan demikian sebagai menggambarkan kemarahan, kekecewaan dan rasa keliru keluarga mangsa.

Paty dibunuh di luar sekolahnya oleh seorang penyerang berusia 18 tahun, Abdoullakh Anzorov yang berasal dari Chechnya, yang kemudian ditembak mati oleh polis sejurus selepas serangan itu.

Dia membunuh Paty selepas mesej tersebar di media sosial bahawa guru itu menunjukkan kepada murid-muridnya, karikatur Nabi Muhammad SAW dalam kelas dari majalah satira, Charlie Hebdo.

Sementara itu, lima daripada enam remaja diadili yang berusia 14 dan 15 ketika pembunuhan Paty berlaku, diadili atas konspirasi jenayah dengan niat menyebabkan keganasan.

Mereka dituduh berperanan mengawasi Paty dan mengenal pasti beliau kepada pembunuh sebagai pertukaran untuk wang.

Empat daripada mereka menerima hukuman penangguhan antara 14 hingga 18 bulan.

Remaja kelima dihukum penjara selama dua tahun, tetapi 18 bulan daripadanya ditangguhkan dan remaja itu akan dibebaskan dengan perlu memakai gelang elektronik untuk baki enam bulan lagi.

Remaja keenam adalah seorang gadis yang berusia 13 pada masa pembunuhan itu. Dia dituduh membuat tuduhan palsu kerana secara salah mengatakan bahawa Paty meminta murid Islam keluar dari kelas sebelum menunjukkan karikatur.

Remaja menghadapi pertuduhan palsu selepas diketahui bahawa dia tidak berada atau tidak hadir di dalam kelas ketika perkara itu berlaku.

Dia menerima hukuman penangguhan selama 18 bulan.

Enam remaja bersalah berhubung kes guru dipenggal kepala

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker