Kes COVID-19 global kini melebihi 100 juta

27/01/2021 11:37 AM

BEIJING, 27 Jan — Kes COVID-19 global pada Selasa kini berjumlah 100,032,461 juta dengan 2,149,818 kematian, menurut data Johns Hopkins University.

Di Ecuador 26 kematian baharu dilaporkan menjadikan korban setakat ini seramai 10,007 manakala kes jangkitan berjumlah 4,661.

Di Cuba mendaftarkan 786 kes dalam 24 jam pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan 22,614 manakala tiga lagi pesakit meninggal dunia dengan keseluruhan kematian setakat ini seramai 200 orang.

Sementara itu di New York jumlah jangkitan mencecah 8,831 pada Isnin berbanding 8,730 pada Ahad, tulis Gabenor Andrew Cuomo di Twitter pada Selasa.

Daripada 162,938 ujian saringan COVID-19, 11,064 adalah positif atau 6.79 peratus meningkat daripada 5.47 peratus manakala jumlah korban menurun kepada 162 berbanding 167 orang.

Di Chile melaporkan 3,322 kes baharu pada Selasa menjadikan jumlah keseluruhan 706,500 dan 24 lagi korban dilaporkan dengan keseluruhan kematian seramai 18,023, kata Kementerian Kesihatan.

Di Tunisia, Kementerian Kesihatan melaporkan 2,026 kes baharu menjadikan keseluruhan jangkitan kepada 200,662.

Angka kematian meningkat lagi 83 menjadikan keseluruhan 6,370 orang meninggal dunia setakat ini.

Di Algeria pula lima lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan 2,781 orang manakala kes jangkitan setakat ini 106,097 pertambahan 243 kes baharu.

Di Baitulmaqdis, 7,889 lagi kes baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan berjumlah 613,286.

Angka kematian pula berjumlah 4,501 selepas 23 lagi kematian baharu dicatatkan.

COVID-19: 1,141 kes baharu, 1,144 pulih

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker