Skuad Harimau Malaya ‘berkampung’ di JDT

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya akan berkumpul minggu depan bagi menghadapi dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong, bulan ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Noor Azman Rahman menjelaskan bahawa ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon akan mengeluarkan senarai nama pemain yang dipanggil dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, ia bagi memastikan pemain boleh melakukan persiapan awal sebelum menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.

Katanya, barisan pemain Harimau Malaya akan menjalani kem latihan sepenuhnya di kemudahan yang terdapat di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Pemain akan mula menyertai latihan pada 18 Mac ini dengan mereka akan berkampung di JDT dan menggunakan sepenuhnya kemudahan di sana.

“Kita mahu memastikan skuad kebangsaan meraih keputusan positif sekali gus mahu memanfaatkan kalendar FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) untuk pasukan dapat melakukan persiapan rapi,” katanya.

Harimau Malaya akan melayan kunjungan Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim, pada 23 Mac ini sebelum bertemu Hong Kong, 28 Mac.

Malaysia pernah mengalahkan Hong Kong 2-0 dan Turkmenistan 3-1 pada 1 dan 8 Jun tahun lalu dalam aksi persahabatan dan kempen kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Turkmenistan berada diranking ke-135 dunia dan Hong Kong (146), manakala Harimau Malaya pula menghuni kedudukan ke-145.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker