6 Sebab Ibu Ayah Kena Tangguh Potty Train Anak
Potty train anak atau latihan ke tandas untuk anak bukanlah satu perkara mudah kerana si kecil belum pandai berkomunikasi dengan jelas dan mereka tidak faham.
Rata-rata ibu ayah menganggap latihan ke tandas ini satu cabaran terbesar sehingga menyebabkan diri mereka stres. Nanti dulu! Jangan stres-stres kerana artikel kali ini kami akan kongsikan enam sebab ibu ayah perlu menangguhkan potty train anak.
6 SEBAB IBU AYAH KENA TANGGUH NIAT NAK POTTY TRAIN ANAK
1. SI KECIL BELUM BERSEDIA
Sebelum umur 18 bulan, kebanyakan kanak-kanak tidak dapat mengawal untuk membuang air kecil dan besar. Sekiranya ibu bapa memaksa untuk menggunakan tandas, ini bermakna itu bukan masa yang tepat dan si kecil pasti belum bersedia.
Latihan tandas yang sukar juga boleh menyebabkan oleh masalah perubatan, seperti sembelit kronik. Jadi, ibu bapa kena pastikan anak sudah bersedia, baru boleh memulakan proses potty train ini.
2. TIDAK BERMINAT
Si kecil pada mulanya menujukkan tanda-tanda bahawa mereka sudah bersedia untuk menggunakan tandas tetapi tiba-tiba mereka mula tidak berminat dan memberi macam-macam alasan.
Perkara ini terjadi kerana sifat ibu bapa yang terlalu memaksa sehingga menyebabkan mereka hilang minat untuk menggunakan tandas.
3. TOILET PHOBIA
Anda perlu menangguhkan potty training pada anak sekiranya mereka mula menunjukkan rasa fobia untuk menggunakan tandas.
Ini bermakna mungkin ketika mereka menggunakan tandas, ada sesuatu terjadi sehingga mengganggu emosi untuk memulakan penggunaan tandas.
4. FOKUS PERKARA LAIN
Selain sibuk memikirkan cara melatih anak menggunakan tandas, ibu juga terlalu banyak tanggungjawab perlu dijalankan seperti menjaga anak-anak yang lain.
Mereka juga memerlukan perhatian dan ini juga faktor penting untuk menangguhkan potty training supaya mereka tidak rasa tersisih.
5. PERCUTIAN PANJANG
Apabila sudah mula mengajar anak menggunakan tandas, ibu ayah kena pastikan perkara ini berjalan lancar dan berlarutan. Ini bermakna anda perlu menangguhkan potty training pada anak sekiranya dalam perancangan untuk percutian panjang bersama keluarga.
6. PERUBAHAN HIDUP
Mengajar anak potty training bukanlah satu perkara mudah. Pelbagai halangan perlu dilalui dalam memastikan mereka berjaya menggunakan tandas.
Sekiranya sesuatu berlaku seperti kehilangan orang tersayang, bercerai dan pindah rumah, anda perlu menangguhkan latihan tandas anak.
Jangan risau sekiranya anak lambat menggunakan tandas. Semua perkara memerlukan masa dan masa yang tepat pasti akan tiba. Jangan stres ya!
Sumber: Mayo Clinic & Very Well Family