Amerika Enggan Bantu Israel Serang Iran

Amerika Enggan Bantu Israel Serang Iran

Amerika Enggan Bantu Israel Serang Iran

 

Begitulah kesudahannya apabila si penipu menipu seorang penipu yang lain.

Sebelum ini, Amerika Syarikat berjanji akan membantu Israel sekiranya berlaku peperangan antara Iran dan Israel.

Lalu Israel memulakan langkah provokasi dengan melakukan 5 serangan di bumi Syria, termasuk bangunan kedutaan Iran di Damsyik.

Syria sememangnya diketahui sebagai sekutu rapat negara revolusi Islam, Iran.

Tujuan 5 serangan yang Israel lakukan adalah untuk memancing Iran supaya melakukan serangan balas terhadap mereka.

Israel kini dalam keadaan tersepit akibat tekanan masyarakat antarabangsa yang mengecam kezaliman mereka terhadap penduduk Gaza, Palestin.

Israel memerluka naratif baharu untuk ‘play victim’ dan mendapatkan simpati serta sokongan kuasa besar yang sudah mula berpaling tadah terhadap Israel.

Dengan janji Amerika, Israel tidak teragak-agak untuk memancing Iran, kerana Israel yakin, Iran tidak akan bertindak balas berdasarkan jaminan Amerika.

Tetapi Rusia memberikan respon terhadap jaminan Amerika.

Rusia memberikan jaminan, akan membantu Iran, sekiranya Amerika campurtangan dalam konflik antara Iran dan Israel.

Rusia tidak akan bersendirian membantu Israel, kerana China dan Korea Utara juga akan turut sama membantu Iran sekiranya diserang Amerika.

Respon dari Rusia, China dan Korea Utara telah menyebabkan Amerika membuat ‘u-turn’ 360 darjah.

Terkini, Amerika mengumumkan tidak akan membantu Israel sekiranya mereka melakukan serangan terhadap Iran sebagai tindak balas.

Dalam artikata yang lain, Israel kini ditinggalkan bersendirian sekiranya mereka meneruskan niat untuk terus menyerang Iran.

Para penganalisa perang berpendapat, dalam keadaan ini, Israel ibarat mencipta kemusnahan sendiri sekiranya masih meneruskan hasrat tersebut.

Inilah pengakhirannya bila si penipu bergantung kepada janji seorang penipu yang lain.

Apa kesudahan konflik Iran-Israel?

 

Amerika Enggan Bantu Israel Serang Iran

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker