Pahang, Sabah kongsi mata

KUANTAN: Sri Pahang FC dan Sabah FC berkongsi satu mata selepas seri 1-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur.

Bagi tuan rumah, ia adalah keputusan seri kali ketiga daripada empat perlawanan manakala buat pasukan pelawat kali pertama sekali gus kedua-duanya masih kekal rekod tanpa kalah.

Namun, Sabah lebih banyak memberikan tekanan kepada Sri Pahang apabila memperoleh beberapa peluang untuk membolosi gawang tuan rumah.

Peluang terbaik yang dimiliki lawan adalah menerusi rembatan pemain import, Jailton Lourenco yang sedikit tersasar di sebelah kanan tiang gol tuan rumah pada minit ke-10.



Tiga minit kemudian, kerja keras pelawat akhirnya berhasil selepas tandukan Daniel Sang Ting gagal disekat Izham Tarmizi Roslan sekali gus meletakkan Sabah mendahului 1-0.

Tersentak jaringan itu, tuan rumah seakan baru menemui rentak permainan dan lebih melancarkan serangan ke kubu lawan untuk gol penyamaan.

Pada minit ke-25, penyerang import Tok Gajah, Kpah Sherman menjaringkan gol penyamaan selepas menewaskan penjaga gol lawan, Damien Chien.

Pada minit ke-67, Sabah kehilangan jurulatih, Datuk Ong Kim Swee selepas dilayangkan kad merah kerana tidak puas hati dengan keputusan pengadil, Noor Azriel Baharuddin.



Selepas itu, kedua-dua pasukan berbalas serangan tetapi akhirnya akur berkongsi satu mata.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker