‘Pak Guard’ Larang Gadis Keluar Hospital
Gara-Gara Pakai Baju Sama Dengan Pesakit
Tular di TikTok, sebuah video memaparkan seorang gadis mengenakan fesyen yang kelihatan sama dengan pesakit di sebuah hospital.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh sepupu gadis itu, pegawai keselamatan hospital tersebut melarangnya untuk keluar kerana menyangka dia adalah salah seorang pesakit. Insiden itu berlaku gara-gara dia memakai baju yang kelihatan sama corak dengan baju khas yang dipakai oleh pesakit di wad tersebut.
Gadis itu dilihat hanya mampu menahan ketawa bersama sepupunya.
Punca kenapa sepupu aku kena tahan dengan pak guard (pengawal keselamatan), tak bagi dia keluar wad sebab baju dia sama dengan pesakit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet terhibur dengan kejadian itu dan turut berkongsikan pengalaman mereka yang hampir sama.
Teringat mak aku, dia pakai baju warna hijau pergi mall, orang ingat dia lari dari hospital bahagia.
Pernah pakai baju yang warna biru muda macam doktor-doktor dekat wad ICU pakai. Tiba-tiba sampai je jururawat tu terus panggil.
Saya pernah rasa benda macm ini tapi dekat wad bersalin. Yang silapnya pakai kain warna pink. Guard tu ingat saya nak lari hospital sampai dia suruh masuk wad dan pergi ke katil semula.
Tinjauan OhBulan! mendapati video tersebut telah memperoleh lebih 1.5 juta tontonan dan lebih 119,000 tanda suka setakat ini.
@rajanurul123hahhaaa…adoii..kesian dia…merahhh mukeee🤣🤣
Sumber: TikTok