Satu kesalahan jenayah jika Hamzah simpan file tetapi tidak mendakwa.

Oleh Adam Malik

Semakin parah situasi politik negara semenjak Tun Mahathir menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional secara fitnah.

Semua nya menjadi kucar kacir dan carca marba.



Kerajaan sentiasa tidak stabil dan pemimpin parti ugut mengugut untuk menjatuhkan kerajaan.

Sambil itu parti memerintah tidak boleh ada dasar yang baik kerana parti memerintah berkongsi kerajaan dengan parti parti lain akibat terlalu banyak parti baru diujudkan.

Kini kes kes 1mdb dan SRC semakin melalut sehingga pihak konspirator yang menjadi terdesak dan berada dalam panik selepas menghukum Datuk Seri Najib Razak.



Akibat nya muncul kes rasuah sang hakim dan juga bekas Gabenor Bank Negara terhasil dari mengwujudkan kes terhadap DSNR.

Kedua kes ini tidak akan diketahui jika DSNR tidak dianiayai.

Pada topik kita diatas dimana bekas Menteri KDN Datuk Hamzah Zainuddin dalam usaha untuk selamatkan diri dari didakwa telah membuat kenyataan beliau juga ada menyimpan file pemimpin tertentu dari kerajaan.



Namun, Hamzah mendapat ‘backlash” kerana kenyataan nya itu.

Jika ada file kenapa simpan dan tidak mendakwa?

Adakah ia file yang diberi kepada nya oleh pihak ‘lain” yang juga ada menyimpan file Hamzah juga?



Harus di ingat akibat takut didakwa beberapa pemimpin dari UMNO telah melompat kepada Parti dipimpin oleh Tun Mahathir (PBBM) Ketika itu.

Ada kah itu file nya?

Dan Hamzah sendiri juga telah melompat, ada kah atas sebab sebab yang sama juga?

Maka, akibat nya terbentuk lah Kluster Broker yang takut didedah kesalahan mereka dan mereka terpaksa menyerang Presiden dan parti sendiri untuk memenuhi kehendak pemegang file.



Jadi, sebab itu lah mereka sangat akur kepada Muhyiddin dan parti Bunga.

Untuk makluman, jika benar juga ada file, kenapa Hamzah tidak mendakwa Ketika menjadi Menteri KDN?

Adakah sebab mahu kemudi kawalan maka mereka tidak didakwa.

Mengikut undang undang jika  ada penyelewengan dan kesalahan ia tidak boleh disembunyikan dan perlu dilapor dan didedahkan untuk perbicaraan.



Kini semua sudah tahu negara berhutang dua kes besar dan berprofil tinggi , ia itu kes rasuah bekas Gabenor dan rasuah seorang Hakim.

Kerana kepentingan individu tertentu maka ia masih belum didakwa.

Adakah individu yang sama yang menyerah file itu kepada Hamzah untuk meneruskan kerja mengawal dan pergunakan orang orang itu menyerang parti mereka sendiri jika tidak mahu didakwa?

Apa pun, kini perkara ini sudah “out in the open” dan pihak penguasa yang berwajib harus menyiasat file file ini dan juga menyiasat Hamzah sendiri demi mereka mereka yang dipegang file nya tidak terus diugut buat kerja onar  kepada parti sendiri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button