Bayi perempuan maut dilanggar kenderaan dipandu sepupu

Bayi perempuan maut dilanggar kenderaan dipandu sepupu

Bayi perempuan maut dilanggar kenderaan dipandu sepupu

CHUKAI: Bayi perempuan maut selepas dilanggar kenderaan dipandu sepupunya di kawasan rumah mereka di Kampung Darat Kolam, Kerteh malam tadi.

Mangsa, Syaza Syazwina Zahra Mohd Sazali yang berusia setahun lima bulan parah di kepala, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, polis menerima laporan kemalangan itu pada jam 10.30 malam dan siasatan awal mendapati mangsa dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu sepupunya iaitu wanita berusia 19 tahun.

“Sebelum kejadian, kenderaan itu diparkir di hadapan sebuah rumah dan pemandu kemudian memasuki kenderaan untuk bergerak ke rumah bapa mentua di Rasau, Dungun.

“Mangsa pula yang tinggal di rumah bersebelahan dikatakan keluar tanpa pengetahuan ibunya dan berada di belakang kenderaan itu ketika ia sedang mengundur.

“Pemandu dikatakan terlanggar mangsa yang menyebabkan dia parah dan meninggal dunia,” katanya hari ini.

Hanyan berkata, mangsa terkena tayar sebelah kiri kenderaan dan mayatnya dihantar ke Bilik Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bayi perempuan maut dilanggar kenderaan dipandu sepupu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker