Pemandu lori maut, kelindan parah

Gombak: Pemandu lori meninggal dunia, manakala kelindan pula parah dalam kemalangan di Kilometer (KM) 31.6 Lebuhraya Karak-Kampung Sungai Cinchin, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 1.19 pagi.

“Seramai lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dimaklumkan berlaku kemalangan membabitkan dua lori di lokasi terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, seorang daripada pemandu lori terbabit yang berusia 40-an didapati tersepit di tempat duduk pemandu.

“Anggota bertugas mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu lori terbabit.

“Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Kelindan lori berkenaan iaitu seorang lelaki warga Myanmar berusia 40-an pula dilaporkan parah dan diserahkan kepada KKM untuk menerima rawatan,” katanya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker