Busquets tinggalkan Barcelona

BARCELONA: Sergio Busquets menerima penghargaan oleh bola sepak dunia apabila mengumumkan yang dia akan meninggalkan Barcelona selepas kontraknya tamat Jun ini sekali gus menamatkan era sangat berjaya di kelab itu.

“Masanya sudah tiba untuk mengumumkan yang ini adalah musim terakhir saya di Barcelona,” kata Busquets di Instagram. Ia satu perjalanan yang sukar untuk dilupakan.”

Busquets pernah tiga kali menjuarai Liga Juara-Juara bersama Barcelona dan lapan kali menjulang trofi La Liga sebelum musim ini tatkala Barcelona semakin hampir untuk meraih gelaran berkenaan buat kali pertama dalam tempoh empat tahun.

Pemain berusia 34 tahun itu menjadi tonggak utama Barca sejak mula diberi kepercayaan di bawah kendalian bekas pengendali, Pep Guardiola pada 2008 sebelum diberikan lilitan kapten pada 2021.



Busquets berada di kedudukan ketiga dalam senarai penampilan terbanyak sepanjang zaman Barcelona, bermain sebanyak 718 kali dan menulang 31 trofi bersama kelab.

“Ia satu penghargaan, impian dan kebanggaan. Ia adalah segala-galanya untuk dipertahankan dan memakai lencana ini selama bertahun-tahun, namun semuanya mempunyai permulaan dan pengakhiran,” kata Busquets.

“Walaupun ia bukan satu keputusan mudah, tetapi masanya sudah tiba.”

Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez yang pernah berada dalam satu pasukan bersama Busquets di bahagian tengah, mahu pemain berkenaan kekal untuk musim depan, namun berkata keputusan itu sudah pun dibuat pemain itu sendiri.



Rakan sepasukan Busquets pada ketika ini dan sebelum ini memberikan penghargaan kepadanya di media sosial selepas pengumuman berkenaan.

Penyerang Paris Saint-Germain, Lionel Messi yang juga rakan baiknya, turut memberikan penghargaan.

“Di padang, kamu sentiasa nombor lima tetapi dalam realiti sebagai pemain dan individu, kamu adalah sepuluh, Busi,” tulis tonggak Argentina itu. “Terima kasih atas segala-galanya baik di dalam atau di luar padang.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker