‘Thank You Abang Aaron, Dia None Stop Call Semalam & Pastikan Kami Selamat’

Sebelum ini, menerusi satu rakaman video, pelakon, Aaron Aziz dilihat tampil membuka mulut mengenai apa yang berlaku terhadap kes Kamal Adli.

Menurut Aaron, dia tidak mahu masuk campur mengenai apa yang sudah berlaku terhadap Kamal Adli ketika berada di Singapura. Tambah Aaron, video yang dilakukan itu sekadar mahu mengamankan keadaan.

Terima kasih abang

Terbaru, Uqasha dilihat memuat naik sebuah posting di Instagram Story miliknya berhubung video Aaron Aziz. Ujar Uqasha, Aaron Aziz tidak henti menelefon bertanya khabar mengenai keadaannya dan Kamal sejak kejadian tersebut berlaku. Uqasha turut berterima kasih kepada pelakon ‘Ombak Rindu’ tersebut.

Dia pastikan kami dan keluarga selamat. Abang Aaron sangat baik hati.

Terdahulu, Aaron berkata dia tidak mahu kes ini menjadi besar sehingga tercetus pergaduhan pada masa hadapan.



Saya tak nak kes ini menjadi besar sampai nanti artis Singapura kalau datang ke Malaysia kena pukul balik ke apa ke. Jadi saya harap benda itu tidak akan berlaku. Pihak berkuasa dah pun ambil tindakan.

Saya mohon kawan-kawan di seluruh Malaysia bersabar dan jangan ada perasaan marah. Saya cuma nak buat damage control sahaja. Saya nak amankan keadaan. Sebab dekat sini pun ada saja ramai artis dari Singapura dan bermaustatin di sini. Saya tak nak benda ni jadi isu itu sahaja.

Sumber: Uqasha Senrose

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker