Empat, termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran

Empat, termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran

Empat, termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran
Antara mangsa yang cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah unit kediaman sebuah pangsapuri di Persiaran Perdana, Desa Aman Puri, pagi tadi. – Foto ihsan Bomba

SELAYANG: Empat termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kejadian kebakaran di sebuah unit kediaman di sebuah pangsapuri di Persiaran Perdana, Desa Aman Puri, di sini, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 3.14 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan sepasukan 16 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dan BBP Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.



“Sebaik tiba, anggota bomba dimaklumkan sebuah rumah terletak di tingkat satu di bangunan 12 tingkat itu terbakar.

“Kebakaran membabitkan sofa di ruang tamu yang menyebabkan sebahagian struktur rumah turut terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.

“Tujuh penghuni rumah itu sempat keluar dari kediaman mereka sebelum api marak.



“Daripada tujuh penghuni berkenaan, dua mangsa dewasa selamat, manakala dua wanita serta seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan cedera.

“Dua wanita itu dilaporkan cedera di bahagian tangan dan muka. Semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan,” katanya.

Wanita maut kemalangan, suami dan dua anak cedera

Empat, termasuk dua kanak-kanak cedera dalam kebakaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker