Lelaki maut kemalangan di MRR2

Kuala Lumpur: Lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dekat Bandar Tasik Selatan di sini, hari ini

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL) Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, sebuah jentera bersama tujuh anggota ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 7.30 pagi.

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Ford Everest dan Nissan Almera yang berlaku berhampiran stesen minyak Shell Bandar Tasik Selatan



“Terdapat seorang mangsa lelaki tempatan berusia 46 tahun yang memandu Nissan Almera tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh anggota,” menurut kenyataan PGOKL hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik dariapda Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan mayatnya kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button