‘Abah sayang Johor’ akan kuasai perang poster

 

Masih ingat kempen PRN Melaka? Perang poster paling sengit diberikan Perikatan Nasional dengan menampilkan ‘Abah’ Muhyiddin Yassin selaku ‘Poster Boy’ PN.

Semalam Dewan Undangan Negeri-DUN Johor dibubarkan dengan perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Besar Johor, Dato’ Hj Hasni Mohammad dalam satu sidang media khas.

Pihak Suruhanjaya Pilihanraya dijangkakan akan memberi respon pembubaran DUN Johor.



Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Gambir dipercayai akan mempertahankan kerusi beliau pada PRN Johor.

Selaku Presiden PPBM dan Pengerusi Perikatan Nasional, sudah pasti kemenangan akan kembali memulihkan imej PPBM yang kalah teruk pada PRN Melaka.

Di Melaka, Perikatan Nasional hanya menang 2 kerusi daripada keseluruhan yang mereka tandingi.

Isyarat jelas PN ditolak pengundi Melaka dikatakan akan diterjemahkan di Johor pula.



Muhyiddin yang berpengalaman sebagai Menteri Besar Johor sudah pasti akan menampilkan calon terbaik dari Perikatan Nasional yang kini menggabungkan PPBM, PAS, Gerakan dan yang terbaru Parti Bangsa Malaysia-PBM.

Saingan mereka nanti bukan sahaja dari BN malah PN terpaksa berdepan dengan MUDA yang dikatakan bergabung dengan Pakatan Harapan serta WARISAN.

Malah PPBM perlu juga berdepan dengan serpihan mereka sendiri iaitu PEJUANG yang turut menunjukkan minat bersaing dalam PRN Johor.

Lim Kit Siang akan ketuai kempen PH di PRN Johor?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker