Polis tahan dua lelaki selepas kejar lebih 10 km

19/12/2020 09:04 PM

KUALA LUMPUR, 19 Dis — Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memiliki dadah selepas mengejar mereka lebih 10 kilometer di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata dalam kejadian pukul 9 malam itu, polis yang sedang melakukan rondaan mengesan kereta dinaiki dua suspek berumur 28 dan 31 tahun itu memandu dalam keadaan mencurigakan di Jalan Besar Selayang.



Beliau berkata polis mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan, tetapi pemandu terus memecut ke arah Rawang bagi mengelak ditahan.

“Kereta peronda polis dengan bantuan anggota polis trafik mengejar kenderaan suspek sehingga ke Rawang sebelum berpatah balik dan menuju ke Kota Damansara.

“Tiba di Seksyen 11, Kota Damansara kereta itu telah melanggar sebuah motosikal lalu polis berjaya menahan kedua-dua suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Arifai berkata pemeriksaan di dalam but kereta itu menemukan 95 bungkus rokok dan satu beg plastik lutsinar mengandungi dadah dipercayai methamphetamine serta sebiji pil dipercayai Erimin 5 di dalam dompet seorang daripada suspek.



Beliau berkata kedua-dua suspek direman selama 10 hari hingga 28 Dis untuk siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

‘Datuk’ antara 2 ditahan dengan alat curi kenderaan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button