Pemilik syarikat pengurusan acara didakwa ugut bunuh Kumpulan Radja

Pemilik syarikat pengurusan acara didakwa ugut bunuh Kumpulan Radja

Pemilik syarikat pengurusan acara didakwa ugut bunuh Kumpulan Radja
Pemilik syarikat pengurusan acara, C S Muremthiran, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja, pada Sabtu lalu di Mahkamah Majistret, Johor Bahru hari ini. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang juga pemilik syarikat pengurusan acara dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja, pada Sabtu lalu.

Tertuduh, C S Muremthiran, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam mahu membunuh ahli kumpulan Radja iaitu Ian Kasela, 49; Seno Aji, 43 dan Mouldyanshah Mulyadi, 49; dengan niat menyebabkan mereka merasa cemas.



Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bilik Rehat Artis, Stadium Arena Larkin kira-kira jam 11 malam, Sabtu lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam bela, Amarpreet Singh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Peguam pemerhati bagi kumpulan Radja dan Konsulat Jenderal Republik Indonesia Johor Bahru (KJRI), Mohd Daud Ismail, turut hadir bagi mengikuti prosiding.



Susulan pengakuan tidak bersalah itu, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah mengenakan jaminan RM8,000 oleh seorang penjamin terhadap tertuduh dengan syarat tambahan mangsa dan saksi pendakwaan tidak diganggu tertuduh.

Bagaimanapun, peguam tertuduh memohon jaminan rendah dikenakan berikutan tertuduh yang sudah beristeri, turut menanggung ibu bapanya yang sudah uzur.

“Selain itu tertuduh terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM300,000 akibat penganjuran konsert kumpulan Radja di Johor Bahru, Sabtu lalu,” katanya.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.

“Tertuduh juga tidak boleh mengganggu serta mendekati mangsa dan saksi pendakwaan,” katanya.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 3 Mei nanti bagi penyerahan dokumen dan pengurusan kes.

Ahad lalu, Polis Johor menahan dua lelaki bagi membantu siasatan kes kumpulan rock Indonesia, Radja yang dilaporkan mendakwa dihambur kata-kata kesat serta diugut bunuh, dalam kejadian malam Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata, dua lelaki itu ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, kelmarin.

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

 

Pemilik syarikat pengurusan acara didakwa ugut bunuh Kumpulan Radja


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker