Penjawat awam Pahang terima kenaikan gaji khas RM100

Kuantan: Kerajaan Pahang bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) Tambahan Khas 2023 berjumlah RM100 kepada penjawat awam negeri itu.

Kenaikan itu selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2022 apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan pemberian itu kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan dalam Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional berkuat kuasa 1 Januari tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pemberian KGT Tambahan Khas itu tidak akan menjejaskan Pergerakan Gaji Tahunan pegawai bagi 2023 dan tahun berikutnya serta tidak mengubah tarikh pergerakan gaji pegawai.

“Pemberian ini akan membabitkan implikasi kewangan tahunan sebanyak RM9.6 juta kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di bawah pentadbiran Kerajaan Pahang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berharap dengan pemberian KGT Tambahan Khas itu, penjawat awam negeri Pahang dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri ini.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker