Sorok minyak diesel bersubsidi dalam stor tengah sawah

Sorok minyak diesel bersubsidi dalam stor tengah sawah

Sorok minyak diesel bersubsidi dalam stor tengah sawah
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, A. Mogan (kanan) melakukan pemeriksaan selepas berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dalam serbuan di stor tidak berlesen di Permatang Pauh di sini. Turut merampas sebuah tangki bersama 22,840 liter bahan api itu bernilai hampir RM50,000. – Foto DANIAL SAAD

BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi dengan merampas sebuah tangki berisi 22,840 liter bahan api itu yang dianggar bernilai RM50,000, semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa negeri, A Mogan, berkata taktik licik kegiatan menyeleweng diesel yang beroperasi dalam sebuah premis di tengah sawah terbongkar apabila diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang di Permatang Pauh, di sini semalam.

Beliau berkata, menerusi Op Tapis yang dilakukan pada jam 4 petang itu pihaknya turut mendapati premis yang dijadikan stor itu turut mempunyai pintu pagar yang boleh dibuka menggunakan alat kawalan jauh.

“Hasil maklumat awam dan risikan lebih seminggu pihak kami mendapati terdapat pemandu lori mengisi minyak di beberapa stesen minyak dalam keadaan mencurigakan secara berulang-ulang dari satu lokasi ke lokasi lain.

“Jadi kami mengekori pemandu lori sehingga dia memasuki kawasan bendang dan sejurus dia memasuki satu tapak kosong berpagar kita terus melakukan serbuan dan dapati terdapat sebuah stor menempatkan tangki simpanan minyak seludup di sana.

Sorok minyak diesel bersubsidi dalam stor tengah sawah
Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, A. Mogan (kiri) melakukan pemeriksaan selepas berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi dalam serbuan di stor tidak berlesen di Permatang Pauh di sini. Turut merampas sebuah tangki bersama 22,840 liter bahan api itu bernilai hampir RM50,000. – Foto NSTP/DANIAL SAAD

“Minyak diesel daripada tangki yang terletak di kepala lori yang telah diubahsuai itu akan dipindahkan ke dalam tangki terbabit yang mampu memuatkan lebih 21,000 liter minyak,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian lewat petang semalam.

DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mogan berkata, pihaknya turut menggunakan dron untuk memantau suasana persekitaran stor di lokasi sawah berkenaan selepas berjaya menjejaki pergerakan lori terbabit dan turut menahan pemandu kenderaan berusia 30-an itu untuk siasatan lanjut.

“Modus operandi sindiket itu sangat licik kerana menggunakan tapak yang dikelilingi sawah padi dan kawasan berkenaan dipercayai digunakan untuk menyimpan baja bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Mereka menyewa stor yang terletak agak jauh dari jalan utama itu dengan bayaran RM3,000 sebulan selain ia dilindungi dengan rapi dan hanya boleh dimasuki melalui pintu utama menggunakan alat kawalan jauh,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit mendakwa melakukan antara empat hingga enam perjalanan sehari untuk membeli diesel dan mampu menyimpan sehingga 6,000 liter diesel ke dalam tangki kenderaan yang dipandunya.

Katanya, sindiket itu akan mengumpul minyak diesel itu selama beberapa hari sehingga tangki di stor penuh sebelum menjualnya kepada pembeli dengan keuntungan RM0.30 bagi setiap liter serta dianggar mengaut untung keseluruhan antara RM6,000 dan RM7,000.

Mogan berkata, pihaknya menyita sejumlah 22,840 liter minyak diesel bernilai RM49,106.00, tangki, kepala lori, pam motor serta telefon bimbit dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan RM95,406.00 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDNHEP serbu stor diesel haram, tahan 14 individu

Sorok minyak diesel bersubsidi dalam stor tengah sawah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker