Wave “GELABAH” tidak akan menjadi kerana tiada ketulenen.

 

Oleh Adam Malik

Semenjak Presiden Parti Bersatu didakwa dengan tujuh pertuduhan rasuah dan AMLA dimahkamah, pelbagai kenyataan telah dibuat oleh Orang Kena Tuduh Muhyiddin Yassin untuk mengambarkan dirinya tidak bersalah.



Selain cuba memberi gambaran konon nya beliau difitnah dan dikenakan pendakwaan terpilih versi beliau sendiri, cubaan membuat ‘wave’ dan protes juga giat dijalankan.

Antara yang diketahui selain mengutip derma adalah cubaan menghidupkan gelombang “GELABAH” singkatan untuk Gelombang Abah.

Konon konon nya dengan membuat Gelombang Abah , maka diharap dari gelombang ini dapat menglihkan perhatian rakyat dari Muhyiddin telah ‘melakukan rasuah’ dan ‘kesalahan gubal wang haram” dapat ditukar kepada Muhiyiddin konon nya adalah mangsa politik dan pendakwaan terpilih kerajaam Pakatan Harapan.

Berlainan dengan Datuk Seri Najib Razak dimana beliau cuba mengasingkan diri dari dakwaan yang dikenakan terhadap diri nya dikaitkan dengan parti, Muhyiddin pula sebagai pemimpin lemah cuba rapatkan partinya bersama sama dengan nya melawan pertuduhan.



Bahkan Muhyiddin bukan sahaja mahu Parti Bersatu membantunya , Muhyiddin juga seret Parti PAS yang sentiasa sanggup bersekongkol (Partner in crime) menyokong dan membela.

Namun , Gelombang Abah dipercayai tidak akan sukses kerana kepekaan rakyat terhadap kesalahan dan juga rakyat banyak urusan lain yang sudah pun menyusahkan mereka.

Antara sebab lain juga cubaan PAS dan Bersatu mahu membina momentum kebencian melalui ‘wave’ ini tidak akan terjadi kerana tiada ketulenan dan juga bukan’organik’ seperti wave “Bossku”.

Pada wave DSNR , beliau tidak menghasut sesiapa untuk menyokong nya , dan sentiasa menjelaskan melalui laman Medsos nya semua perkara berkaitan kes kes dan dakwaan.



Perbuatan DSNR ini akhir nya mendapat perhatian rakyat dan audien tersendiri lalu membentuk gelombang dan fenomena Bossku yang organik.

Pada hal GELABAH ini ternampak seolah olah di ‘sponser’ oleh pihak tertentu menggunakan pempengaruh yang berkemungkinan tersesak wang dan perlukan wang.

Secara mudah kata ia dibayar.



Muhyiddin Yassin bukan dari kategori pemimpin yang mempunyai penyokong ‘roots’ sama kelas dengan Najib dan Anwar.

Pengaruh nya bermula dengan ugutan Mahathir kepada Ahli Parlimen yang ada kes dan Muhyiddin menumpang dari situ kerana Ahli Parlimen ini semua takut kena dakwa.

Ini terbukti dengan kenyataan Hamzah Zainuddin beliau ada ‘file’ tapi tidak mendakwa mereka kerana perlu ‘perkudakan’ mereka.

Berbalik kepada topik diatas, Muhyiddin boleh cuba perkasakan ‘wave’ ini , tetapi andaian portal kami ia tidak akan menemui sukses kerana fakta kes jelas memberi projek kepada puak terpilih dan meminta sogokan dari  mereka.



Selan itu , apabila perbicaraan bermula, kandungan soal jawab kes boleh dilihat jauh mana kebenaran Muhyiddin.

Jika perkara mudah yang ada pada kes DSNR pun boleh penjarakan DSNR , apatah lagi perkara berat berat yang ada pada kes Muhyiddin Yassin.

Pendek kata , kerjaya politik Muhyiddin Yassin sudah sampai ke-penghujung nya dan paling penting “Kifarah” itu amat benar.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button