Angka korban bot karam di Madagascar meningkat 34 orang

Angka korban bot karam di Madagascar meningkat 34 orang

Angka korban bot karam di Madagascar meningkat 34 orang
GAMBAR hiasan. – AGENSI

ANTANANARIVO: Angka kematian akibat kejadian bot karam di luar pantai Madagascar pada Sabtu lalu, meningkat kepada 34 orang.

Lapor Xinhua, Pengarah Operasi Laut Agensi Pelabuhan, Maritim dan Sungai (APMF), Mamy Thierry Randrianarivony berkata, 11 lagi mayat pendatang ditemukan dalam operasi menyelamat dilaksanakan semalam.

Angka itu menjadikan jumlah keseluruhan seramai 58 pendatang menaiki bot secara rahsia menuju ke Pulau Mayotte yang terletak di utara Madagascar di Lautan Hindi.

Setakat ini, seramai 24 pendatang berjaya diselamatkan dalam operasi menyelamat itu.

Jelas beliau, pihak berkuasa masih sedang menyiasat punca kejadian itu.

Bot yang menuju ke Pulau Mayotte dilaporkan karam di luar perairan Ankazomborona di barat laut Madagascar.

Isnin lalu, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Meteorologi mengesahkan seramai 47 pendatang menaiki bot berkenaan.

Sementara itu, Randrianarivony berkata, APMF memutuskan untuk melaksanakan beberapa langkah untuk mengelakkan kejadian serupa berulang lagi.

Katanya, antara langkah itu termasuk mengukuhkan lagi pemantauan piawaian diperlukan untuk pengeluaran dan penyelenggaraan kapal dan bot.

Spesis ikan zaman dinasor ditemui

Angka korban bot karam di Madagascar meningkat 34 orang

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Bank Ketiga Amerika Runtuh, Saham Bank Utama Dunia Jatuh Tapi Gabenor BNM Kata Ekonomi Malaysia Kukuh

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker