MRT laluan Putrajaya percuma hingga 31 Mac

Serdang: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya boleh digunakan secara percuma bermula hari ini sehingga 31 Mac ini.

Beliau berkata, perkhidmatan percuma itu dari stesen MRT Kwasa Damansara hingga Putrajaya Sentral ditawarkan sempena pembukaan rasmi MRT Laluan Putrajaya bermula 3 petang ini.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Kabinet dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim.

Perkhidmatan MRT2 laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer (km) adalah projek kedua MRT Lembah Klang, yang menelan belanja RM30.53 bilion.

Laluan berkenaan mempunyai 36 stesen, meliputi kawasan berkepadatan tinggi seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan Putrajaya.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker