Penyelewengan sukuk RM597 juta, pegawai KDN akan dipanggil

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan memanggil pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membantu siasatan penyelewengan perjanjian sukuk bernilai RM596 juta.

Menurut sumber, siasatan SPRM mengenai kes itu masih berjalan dengan pembabitan beberapa individu berkaitan sedang disiasat.

Semalam, BH melaporkan membongkar penyelewengan perjanjian sukuk bernilai RM596 juta untuk melaksanakan projek berkaitan pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing di sebuah kementerian kerajaan.

Susulan itu, empat individu berusia antara 40 hingga 55 tahun, termasuk seorang pengarah, ketua pegawai kewangan dan seorang pemegang saham ditahan SPRM, sejurus mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya semalam.

Tiga daripada empat suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 17 Mac selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Sukuk bernilai tinggi itu diuruskan oleh sebuah bank tempatan bagi membiayai projek berkaitan dan semua perbelanjaan serta hasil projek itu perlu dimasukkan ke dalam satu akaun khas yang ditetapkan.

Bagaimanapun, akaun khas itu kemudiannya ditukarkan kepada akaun lain yang dipercayai sengaja diwujudkan pada awal 2022 disyaki bagi mengelakkan daripada pembayaran semula prinsipal dan keuntungan kepada pemegang sukuk.

Sukuk itu dijangkakan mencapai tempoh matang pada Mei tahun ini selepas perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat yang dilantik sudah dimeterai pada Julai 2011 dengan tempoh selama 12 tahun.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker