Kakitangan cemas Jabatan Farmasi HTJ terbakar

Seremban: Kakitangan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini, cemas selepas salah satu ruang di Jabatan Farmasi hospital berkenaan terbakar semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), Datuk Harlina Abdul Rashid berkata, bagaimanapun tiada mangsa yang dilaporkan cedera dalam insiden itu.

“JKNNS dengan ini mengesahkan satu kejadian kebakaran berlaku di salah satu ruang di Jabatan Farmasi di HTJ jam 4.05 petang.



“Pasukan keselamatan hospital dan petugas hospital bertindak pantas membantu mengawal kebakaran sementara menunggu ketibaan pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jalan Rahang berjaya memadamkan api di lokasi kejadian.

“Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa membabitkan kakitangan dilaporkan dalam insiden ini. Siasatan terhadap punca kebakaran sedang dilaksanakan JBPM,” katanya.



Terdahulu, tular satu video berdurasi seminit 21 saat yang memaparkan kejadian kebakaran di salah satu struktur bangunan di hospital berkenaan petang tadi.

Di dalam video itu, kakitangan hospital dilihat berkumpul di luar bangunan dan dapat dilihat asap keluar dari Jabatan Farmasi.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button