Lelaki didakwa bunuh anak teman wanita

Lelaki didakwa bunuh anak teman wanita

Lelaki didakwa bunuh anak teman wanita
Muhammad Firman Hakimie, didakwa membunuh anak teman wanita berusia tiga tahun, di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini. NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad.

MELAKA: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan membunuh anak kandung kekasihnya berusia tiga tahun dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Firman Hakimie Abdul Rahman, 25, yang memakai baju lokap mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Dayyan Mikail Mohamad Razihan, berusia tiga tahun di sebuah rumah di Jalan PE 15, Taman Paya Emas, Cheng, di sini pada 6 Julai lalu antara jam 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.



Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Hanif Hassan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah


Terdahulu, Wardah memohon tarikh sebutan baharu bagi mendapatkan laporan bedah siasat mangsa.

Peguam pula memaklumkan pihaknya akan menghantar surat permohonan kepada pihak pendakwaan mengikut peruntukan Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah supaya tertuduh dihantar menjalani pemeriksaan mental yang mana perkara itu sudah dibangkitkan ketika permohonan reman sebelum ini.



Mahkamah kemudian menetapkan kes disebut semula pada 23 Ogos depan.

Sementara itu, dalam prosiding di Mahkamah Sesyen 3, ibu kandung kanak-kanak itu, Nurasyiqin Syaqiqah A Ramlee, 24, yang juga jurujual mesin penapis air mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan pengabaian atau mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau membenarkannya dianiaya dengan menyerahkannya kepada Muhammad Firman Hakimie.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di tempat, tarikh dan masa sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Fatwa derma afdal, PAS wajib jelaskan siapa Ulama’ tersebut


Nurasyiqin Syaqiqah didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman ddenda maksimum RM20,000 atau dipenjara maksimun 10 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N Sivashangari membantah jaminan atas alasan kes itu tidak boleh dijamin, namun memohon ditetapkan tinggi berserta syarat tambahan jika mahkamah menggunakan budi bicara membenarkan jaminan.

Tertuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain merayu anak guamnya diberikan jaminan rendah kerana perlu menjaga ibunya yang sakit.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri sekali sebulan serta tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos sebagai tarkh sebutan semula kes.

Lelaki didakwa bunuh anak teman wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apabila yang tandatangan Proklamasi Melayu hina Raja melayu, apa boleh diharapkan?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker