Mana ibu Fatteh

Putrajaya: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sepang memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris bayi lelaki yang diserahkan kepada seorang wanita ketika berusia dua hari.

Pelindung JKM Sepang Amir Izzat Nordin berkata, kanak-kanak itu diserahkan oleh ibu kandungnya kepada seorang wanita di Dengkil yang dikenali sebagai Jessica dari Sarawak pada 12 Februari lalu.

Menurutnya, wanita itu memaklumkan ibu kandung bayi berkenaan berasal dari Indonesia dan beragama Islam.

Bagaimanapun, katanya, ibu bayi berkenaan kemudiannya gagal dikesan selepas menyerahkan bayi terbabit.



Katanya, bayi itu diberi nama Mohamad Fatteh dan dilahirkan pada 10 Februari lalu, kini berada dalam keadaan sihat di bawah jagaan JKM.

“Pada 15 Februari lalu,JKM menerima satu laporan kes daripada Hospital Cyberjaya memaklumkan seorang bayi berusia lima hari yang tidak mempunyai sebarang dokumentasi pengenalan diri dirujuk ke hospital itu,” katanya.

Amir berkata, pegawai perubatan Hospital Cyberjaya memaklumkan bayi itu dibawa ke hospital oleh seorang wanita tanpa sebarang dokumen diri.

Katanya, JKM memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris bayi itu bagi tujuan dokumentasi pengenalan diri dan kebajikan bayi itu.



Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi JKM Sepang di talian 03-87061026.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker