Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

Sumber: restoran mee tarik warisan asliRestoran Mee Tarik Warisan Asli yang terletak di Sungai Besi ini adalah salah satu daripada 7 cawangan di sekitar Malaysia. Kalau dah bercawangan di merata tempat, jarang sekali masakannya tak sedap kan?

Kalau anda nak tahu, restoran ini sebenarnya telah diasaskan oleh seorang Cina Muslim yang berasal daripada China dengan menu signature ‘mee soup with braised beef’ dan juga minuman ‘china ba bao tea.’

Bayangkanlah dapat menikmati sup panas dengan mee tarik yang enak dalam cuaca hujan. Setelah itu, badan disegarkan pula dengan teh herba cina, rugi tak cuba.

Nak rasa masakan cina sebenar, inilah lokasinya. Sementara menanti hidangan, anda boleh melihat segala proses penyediaan makanan melalui tingkap yang disediakan. Menarik juga bila dapat lihat bagaimana mee tradisional ini dibuat.

Alamat: 51, Jalan Tasik Utama 3, Sungai Besi, 57100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11.00 am – 10.00 pm

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Restoran Mee Tarik Warisan Asli

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker