Operasi ‘bersihkan’ Kuala Kedah, 69 ditahan

Operasi ‘bersihkan’ Kuala Kedah, 69 ditahan

Operasi 'bersihkan' Kuala Kedah, 69 ditahan
POLIS melakukan pemeriksaan terhadap individu dari rumah ke rumah di kawasan Kuala Kedah. FOTO ihsan PDRM

Alor Setar: Empat individu yang dikehendaki polis antara 69 termasuk dua wanita yang ditahan polis negeri ini dalam Ops Cantas Khas yang dilakukan di sekitar Kuala Kedah di sini, semalam.

Operasi diketuai Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad itu bermula jam 10 pagi dan membabitkan seramai 280 pegawai kanan dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar.

Kesemua individu yang berusia 20-an hingga 50-an itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan termasuk jenayah dan dadah.

Wan Hassan berkata, operasi turut dibantu oleh Pasukan Polis Marin (PPM)Kuala Kedah, Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ‘Tiger Platoon’ Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara.

Katanya, pasukan operasi melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah bagi ‘membersihkan’ kawasan yang dikenal pasti wujud aktiviti berkaitan dadah dan jenayah itu.

“Antara yang ditahan adalah empat individu berstatus orang dikehendaki polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Operasi turut disertai Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Superintendan Mohd Naim Asnawi yang bertindak sebagai Pegawai Medan.

Dalam operasi itu juga, polis turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup dan wang tunai selain mengeluarkan 32 saman trafik terhadap pesalah.

Operasi berakhir sekitar 5 petang.

SITI NORDIANA BERHARAP BERJALAN LANCAR

Operasi ‘bersihkan’ Kuala Kedah, 69 ditahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PM Ismail Sabri pasti dipertanggungjawab kan jika apa2 terjadi terhadap Najib.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker