Dua beranak terselamat, kereta terbabas rempuh rumah

Dua beranak terselamat, kereta terbabas rempuh rumah

Dua beranak terselamat, kereta terbabas rempuh rumah

Kereta yang dinaiki dua beranak terbabas dan merempuh sebuah rumah di Taman Perak, hari ini. NSTP/Ihsan Bomba

KULIM: Dua beranak terselamat selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebuah rumah di hadapan kepala simpang di Taman Perak, di sini, hari ini.

Difahamkan, ketika kejadian empat sekeluarga yang menghuni rumah berkenaan tiada di rumah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata Balai Polis Trafik Kulim menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan kereta terbabit pada jam 2 petang.



Beliau berkata, kenderaan itu dipandu lelaki berusia 45 tahun bersama penumpang hadapan iaitu anak perempuanya berusia 15 tahun.

“Hasil siasatan mendapati kereta terbabit sedang bergerak lurus dari Taman Perak hendak membelok ke simpang kanan menghala ke Taman Emas.

“Setiba di lokasi kejadian, kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terlanggar rumah yang berada di hadapan kepala simpang.

“Pemandu kereta luka pada kaki dan tangan, manakala anaknya luka pada dahi dan leher. Kedua-duanya mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kulim,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Mohd Redzuan berkata, ketika kejadian, penghuni rumah itu tiada di dalam rumah berkenaan.

Berikutan itu, katanya, pemandu kereta terbabit datang ke balai polis dan membuat laporan berhubung kemalangan itu.

“Pemandu kereta turut menjalani ujian saringan air kencing dan keputusannya negatif.

“Siasatan mendapati pemandu kereta terbabit mempunyai lesen memandu dan cukai jalan yang sah tempoh dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.



Lima terselamat kebakaran rumah kedai

Dua beranak terselamat, kereta terbabas rempuh rumah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button