Video ‘Wahab & Gajus’, siapa ‘Mr H’?

 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Video 'Wahab & Gajus', siapa 'Mr H'?

Kontroversi video melibatkan ‘Wahab & Gajus’ menimbulkan satu lagi perdebatan netizen, siapa ‘Mr H’ yang didakwa menjadi dalang sebalik video tersebut?

Professor Agus dan Wahab tampil membuat sidang media bagi menjelaskan mengenai video kontroversi yang tular sejak semalam.

 

Agus mendakwa video berkenaan telah melalui proses suntingan dan berniat jahat terhadapnya.

Manakala Wahab pula hanya menyatakan seorang individu dikenali sebagai ‘Mr H’ adalah individu yang menyuruhnya merakamkan perbualan video tersebut.

Mengapa Wahab atau Agus enggan mendedahkan siapa ‘Mr H’ jika mendakwa mengenali individu tersebut?

Pihak PDRM pula mengesahkan telah menerima laporan berkaitan video dan akan melakukan siasatan lanjut.

Foto Hiasan Penggusti terkenal ‘Triple H’

Semua pihak pastinya akan tertunggu siapakah ‘Mr H’ dan apa matlamat sebenar video itu ditularkan.

“Video itu sesuatu yang disuai pinda (doctored), sesuatu yang disunting (edited),” kata Agus pada sidang media malam tadi.

Semalam, beliau beritahu media bahawa beliau menghantar surat meletak jawatan ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kelmarin. – Laporan 17/11/2023

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker