Kerajaan Perancis cetus huru-hara paksa bersara 64 tahun

Kerajaan Perancis cetus huru-hara paksa bersara 64 tahun

Kerajaan Perancis cetus huru-hara paksa bersara 64 tahun
AHLI-ahli Par;limen sayap kiri Perancis mengangkat sepanduk berbunyi ‘Kami tolak usia persaraan 64 tahun. -AGENSI

PARIS: Kerajaan Perancis melalui rancangan kontroversinya bertekad untuk menaikkan umur persaraan negara daripada 62 kepada 64, satu langkah yang mungkin menyemarakkan gerakan protes selama berminggu-minggu di negara itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron akan menggunakan kuasa khas Perlembagaan untuk menggubal rang undang-undang pembaharuan pencen yang dicadangkan itu.

Malah, Perdana Menterinya, Elisabeth Borne mengumumkan langkah itu dalam Perhimpunan Negara di Parlimen yang dikatakan masih belum me­ngundi cadangan itu.



“Kami tidak boleh bertaruh pada masa depan pencen kami. Pembaharuan ini perlu,” kata Borne.

TUNJUK PERASAAN

Pemimpin buruh di Perancis menggesa tunjuk perasaan baharu diadakan berikutan pe­ngumuman Borne dengan beberapa ribu orang berkumpul di Place de la Concorde Paris dan di beberapa bandar lain di Pe­rancis kelmarin.

Ketua Konfederasi Buruh Demokratik Perancis (CFDT), Laurent Berger, salah satu kesatuan yang mengetuai protes berkata, dengan menggunakan artikel Perlembagaan 49.3, kerajaan menunjukkan ia tidak mempunyai majoriti untuk meluluskan penangguhan dua tahun umur persaraan yang sah.

Malah, Ketua Kesatuan Se­kerja Konfederasi Am Buruh (CGT), Philippe Martinez, juga menggesa agar lebih banyak mogok dan protes dijalankan berhubung keputusan itu.



Protes besar-besaran diadakan secara kerap di seluruh Pe­rancis sejak pertengahan Januari lalu dengan berjuta-juta orang keluar untuk menyuarakan bantahan mereka terhadap rancangan kerajaan.

PENGANGKUTAN TERJEJAS

Mogok besar-besaran menjejaskan sistem pengangkutan dan pendidikan manakala di ibu kota Paris, sampah yang tidak dikutip menimbun di jalanan.

Kerajaan berhujah bahawa pembaharuan adalah perlu bagi memastikan kewangan sistem pencen tidak terjejas pada tahun-tahun akan datang.

Jurucakap kerajaan, Olivier Veran bercakap kepada wartawan, matlamat pembaharuan sistem pencen adalah untuk mengimbangi akaun tanpa menaikkan cukai atau memotong pencen.

“Pelbagai pilihan ada di atas meja, tetapi semuanya terma­suk meningkatkan umur persaraan,” katanya.

Rang undang-undang pembaharuan pencen diluluskan oleh Senat Perancis kelmarin, tetapi tidak diluluskan menerusi Perhimpunan Kebangsaan di Parlimen iaitu dewan rendah Parlimen negara itu di mana penggubal undang-undang sepatutnya me­ngundi petang kelmarin.

Sesi itu bagaimanapun dihentikan awal bagi memberi laluan pengumuman Borne.

Suasana huru-hara berlaku ketika Borne menjelaskan keputusan kerajaan, malah, ahli-ahli perhimpunan menyanyikan lagu kebangsaan Perancis ”La Marseillaise dan yang lain memegang papan tanda bertulis ‘Tidak hingga 64 tahun’.

Borne juga mengkritik ahli Parlimen sayap kiri di dewan rakyat kerana tidak menyokong undang-undang itu.

Sehubungan itu, Ketua Parti Perhimpunan Nasional sayap kanan, Marine Le Pen menggesa Perdana Menteri berundur.

“Selepas tamparan yang Perdana Menteri berikan kepada rakyat Perancis, dengan me­ngenakan pembaharuan yang mereka tidak mahu, saya fikir Elisabeth Borne harus pergi,” ciap Le Pen menerusi Twitter kelmarin.

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Kerajaan Perancis cetus huru-hara paksa bersara 64 tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker