Guna kepala surat Istana Kelantan, empat individu ditahan

Guna kepala surat Istana Kelantan, empat individu ditahan
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan. – Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR

Guna kepala surat Istana Kelantan, empat individu ditahan

KOTA BHARU: Polis Kelantan menahan empat lelaki dipercayai terbabit dalam aktiviti pemalsuan dokumen menyerupai yang dikeluarkan oleh Pejabat Sultan Kelantan serta mengandungi titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Surat terbabit menunjukkan sokongan penuh Sultan Kelantan atas usaha sama antara tiga syarikat untuk melaksanakan satu projek di satu daripada jajahan di negeri itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya menerima laporan daripada pengadu yang juga pegawai istana pada Isnin lalu, yang menafikan mengeluarkan surat berkenaan.



“Berdasarkan laporan, pada 28 September jam 8 malam, semasa berada di Kota Bharu, pengadu membaca mesej di aplikasi WhatsApp yang disertakan imej sekeping surat bertarikh 15 September yang mengandungi tandatangan pengadu.

“Pengadu mengesyaki terdapat individu yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya dan menandatangani surat palsu terbabit.

“Hasil laporan berkenaan, pihak polis kemudian menahan semua suspek berusia 45 sehingga 70 tahun keesokan hari dan mereka ditahan reman selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Beliau juga berkata, polis Kelantan menasihatkan orang ramai tidak mudah terpedaya dengan sebarang dokumen yang diterima dalam situasi yang meragukan dan sentiasa membuat semakan dengan pihak yang mengeluarkan dokumen terbabit atau agensi yang berkaitan.

Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

Guna kepala surat Istana Kelantan, empat individu ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



 



Apa Yang Akan Berlaku Sekiranya Hakim Nazlan Di Bicarakan

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button