Pencarian lelaki hilang di Bukit Beruang dihentikan sehingga dapat petunjuk baharu

Pencarian lelaki hilang di Bukit Beruang dihentikan sehingga dapat petunjuk baharu

Pasukan penyelamat bersiap sebelum menyambung operasi mencari dan menyelamat lelaki hilang di Bukit Beruang.

MELAKA: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki dilaporkan sesat dan hilang di Bukit Beruang, di sini, dihentikan petang tadi sehingga petunjuk baharu ditemui.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pos kawalan tempat kejadian (PKTK) agensi ditutup jam 3 petang tadi selepas semua kawasan di bukit itu diperiksa tetapi belum menemui mangsa, Steven Tan Kim Huat, 45.

“Pasukan bomba dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan pencarian secara berkala dan akan memberi maklumat jika terdapat perkembangan terbaru,” katanya dihubungi di sini.

Beliau berkata, pihaknya juga memohon orang ramai segera menghubungi pihak berkuasa jika menemui lelaki terbabit.

Media sebelum ini melaporkan Steven mendaki Bukit Beruang seorang diri kira-kira jam 4.30 petang Selasa lalu sebelum ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh apabila dia gagal dihubungi dan tidak pulang sehingga jam 8.30 malam.

Operasi SAR bermula 11.30 malam hari sama dan turut menggunakan tiga anjing pengesan iaitu satu daripada Unit Anjing Pengesan (K-9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dan dua dari Unit K-9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), namun tidak menemui sebarang petunjuk.

Selain JBPM dan PDRM, agensi lain terbabit operasi itu adalah Jabatan Hutan Melaka, Askar Wataniah dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Lelaki selamba ‘tampar’ beruang [VIDEO]

Pencarian lelaki hilang di Bukit Beruang dihentikan sehingga dapat petunjuk baharu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker