Pembenci mati akal apabila Zahid beri sokongan pembebasan Najib

Oleh Adam Malik

Naratif bahawa Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi konon nya tidak berusaha membebaskan Datuk Seri Najib Razak telah terbatal sebaik sahaja Ahmad Zahid beri keterangan dimahkamah tentang titah Yang diPertuan Agong dan tandatangan affidavit berkaitan nya.

Sebelum hal ini, para pembenci Ahmad Zahid sangat seronok menjaja yang konon nya Zahid tiada niat untuk membantu mantan Presiden UMNO dibebaskan atas sebab seronok dengan jawatan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.



Lama sebelum ini, puak yang sama juga bermain naratif Zahid harus berundur dan diundurkan kerana digelumangi kes mahkamah yang direka oleh kerajaan Mahathir.

Namun, sebaik sahaja kes Zahid digugurkan oleh Pejabat AG dengan sebelas alasan, puak puak “haters” berhenti menggunakan isu itu kerana gagal counter 11 hujah.

Mereka juga tersipu dan hilang punca apabila Presiden BERSATU Muhyiddin Yassin didakwa oleh SPRM atas kes rasuah dan AMLA.



Ini kerana amat jelas mereka terlihat bertuankan Muhyiddin kerana takut dan enggan suruh Muhyiddin berundur kerana hadapi banyak kes.

Maka selepas kes kes rekaan yang dikenakan terhadap Zahid digugurkan, mereka menukar kepada naratif Ahmad Zahid tidak berusaha bebaskan Najib.

Naratif ini turut dimainkan oleh scammer yang menyamar sebagai penyokong DSNR.

Scammer menyuruh beri undi protes kepada Perikatan Nasional atas sebab konon Zahid tidak bantu bebaskan Najib.



Kini, semua sudah gagal kerana terbukti semua sekadar isu rekaan semata mata mahu menukar Presiden UMNO seperti Ismail Sabri yang akur kepada Muhyiddin dan Mahathir dan membawa parti besar umno sujud kepada BERSATU dan Mahathir.

Sebilangan ahli umno turut percaya naratif jahat agenda Mahathir ini , namun majoriti besar ahli UMNO tidak terpengaruh.

Kini jelas muncul parasit parasit dan pengkhianat umno keluar membuat kenyataan terhasil dari tindakan Zahid.

Mereka muncul atas sebab tidak mahu Zzhid jadi popular dan disokong oleh penyokong Najib.



Mereka merancang untuk menyerang Zahid atas alasan tidak usaha bebaskan Najib pada Perhimpunan Agong UMNO yang akan datang dengan dibantu dana dari dua individu terdesak.

Zahid pada perkiraan mereka mesti dijatuhkan supaya kerajaan sedia ada runtuh demi menutup banyak kes curi dan rasuah yang dihadapi oleh mereka.

Atas alasan dan naratif apakah akan mereka gunakan kali ini?

Adakah petisyen dari Majlis Peguam supaya buka semula kes Zahid antara caranya?



Atau soalan lebih penting adakah ahli UMNO masih cetek akal untuk mudah terperdaya dan percaya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button