SPRM jejak aset penipuan saham di luar negara

SPRM jejak aset penipuan saham di luar negara

SPRM jejak aset penipuan saham di luar negara

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melebarkan siasatan mengesan aset penipuan pelaburan di luar negara menerusi kerjasama dengan agensi dan penguat kuasa antarabangsa.

Agensi antarabangsa berkenaan termasuk Interpol, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan National Crime Agency (NCA) United Kingdom untuk menjejak aset penipuan pelaburan antarabangsa.

SPRM dalam satu kenyataan, berkata pihaknya juga berusaha menjejak aset dan wang haram yang dipercayai berjumlah jutaan ringgit itu dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).

“SPRM kini sedang giat menjejak aset dan wang hasil daripada kegiatan haram sindiket penipuan pelaburan antarabangsa yang berjaya dilumpuhkan dalam satu operasi besar-besaran digelar Op Tropicana pada Februari lalu.

“Usaha ini adalah tindakan susulan setelah empat dalang utama sindiket ini yang terdiri daripada warga asing berjaya didakwa di Mahkamah Shah Alam pada 16 Mac 2023 dan di Mahkamah Butterworth pada 17 Mac 2023 iaitu dalam tempoh tiga minggu selepas operasi berkenaan dilancarkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

SPRM berkata, mereka adalah segelintir golongan profesional termasuk pegawai bank, akauntan dan setiausaha syarikat yang bertindak membolehkan urusan sindiket haram beroperasi.

“SPRM akan terus bekerjasama rapat dengan BNM dan agensi penguat kuasa lain untuk memerangi sindiket penipuan antarabangsa ini,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, lima bank utama di negara ini berada di bawah pemerhatian SPRM kerana dipercayai digunakan sindiket penipuan antarabangsa untuk melakukan transaksi pemindahan wang mangsa yang ditipu sehingga RM1 juta sehari.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 20 kakitangan bank terbabit termasuk juruaudit dan pegawai kaunter hadapan, dipercayai berperanan memudahkan sindiket membuka akaun.

Akaun-akaun ini kemudian digunakan oleh sindiket untuk mengutip wang tunai yang didepositkan oleh mangsa yang menjadi mangsa penipuan.

CALON SUAMI – WANY HASRITA MAHU IKUT JEJAK MIRA FILZAH, DEDAH MASA NIKAH

SPRM jejak aset penipuan saham di luar negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker