Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6

Impian Hadi Awang dan Muhyiddin Yasin sebelum berlangsungnya PRN 6 negeri adalah untuk melihat Perikatan Nasional menggantikan Kerajaan Perpaduan selepas PRN 6 negeri.

Bagaimana caranya?

Sekiranya Perikatan Nasional berjaya menguasai 5 dari 6 negeri yang terlibat dalam PRN 6 negeri, ianya akan dijadikan alasan sebagai referendum rakyat menolak Kerajaan Perpaduan.

Hujah mereka adalah kerajaan yang ada sekarang bukanlah kerajaan yang dipilih oleh rakyat Malaysia melalui pilihanraya.

Menurut mereka, rakyat tidak memilih Anwar untuk menjadi perdana menteri kerana Pakatan Harapan tidak memiliki majoriti mudah dalam PRU 15.

Apa lagi Barisan Nasional yang hanya mempunyai 30 kerusi parlimen, tetapi mengapa DS Zahid yang dilantik menjadi Timb Perdana Menteri?

Kalau ikut hujah dan teori mereka, ini bermakna sampai sekarang Melaysia tidak mempunyai kerajaan kerana tidak ada parti yang mempunyai majoriti mudah dalam PRU 15.

Lalu PRN 6 negeri akan mereka jadikan alasan supaya Anwar dan DS Zahid berundur, itu pun kalau Perikatan Nasional menang 5 dari 6 negeri dalam PRN.

Tapi, keputusan PRN 6 negeri tidak menyebelahi mereka, tetapi mereka tetap masih mahu bermimpi, walau pun mata sudah tidak mahu lena.

Meroyan Bila Tak Dapat Teruskan Mimpi

@acik.mantera

โ™ฌ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Hadi Awang kata, dalam parlimen, Anwar hanya mendapat mandat sementara dari ahli parlimen.

Malah beliau mendakwa ada beberapa ahli parlimen Barisan Nasional dan juga ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak tidak senang dengan Kerajaan Perpaduan…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Penulis tidak tahu dari mana Hadi dapat fakta sebegitu…๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ

@acik.mantera

โ™ฌ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Muhyiddin pula mahu supaya Anwar dan DS Zahid meletak jawatan atas alasan mengambil tanggungjawab moral atas kekalahan PH/BN dalam PRN 6 negeri.

Persoalannya, benarkah Perikatan Nasional menang dan PH/BN kalah dalam PRN 6 negeri?

Keputusan keseluruhan PRN 6 negeri menyaksikan status quo dalam semua negeri terlibat dikekalkan.

Dalam artikatalain, keputusannya adalah 3-3.

Kita lihat fakta rasmi PRN 6 negeri pula:

  • PH/BN mendapat 3,399,472 undi (49.58%)
  • Perikatan Nasional mendapat 3,382,455 undi (49.33%)

Ini bermaksud, PH/BN mendapat undi lebih banyak dari Perikatan Nasional dengan kelebihan 17,017 undi.

  • Perikatan Nasional kehilangan duit deposit di 18 Dewan Undangan Negeri
  • PH/BN tidak kehilangan walau satu pun duit deposit

Cuba Muhyiddin jelaskan, celah mana yang dikatakan PH/BN tewas dalam PRN 6 negeri…๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

 

Hadi Dan Muhyiddin Masih Lagi Bermimpi Selepas PRN 6

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker