Lelaki lidah terpanjang keluarkan lima blok Jenga

Lelaki lidah terpanjang keluarkan lima blok Jenga

Lelaki lidah terpanjang keluarkan lima blok Jenga
NICK Stoeberl menggunakan lidahnya untuk menjatuhkan lima blok Jenga dalam masa 55.526 saat. -AGENSI

CALIFORNIA: Lelaki dengan lidah terpanjang di dunia sekali lagi berjaya mencipta Rekod Dunia Guinness baharu iaitu masa terpantas mengeluarkan lima blok Jenga dengan menggunakan lidahnya.

Lapor UPI, Nick Stoeberl dari Salinas yang memperoleh Rekod Dunia Guinness pertamanya apabila lidahnya diukur pada 3.97 inci berjaya mengeluarkan lima blok Jenga dari timbunan blok dalam masa 55.526 saat.

Stoeberl yang juga menggunakan lidahnya untuk memecahkan rekod untuk melukis, berkata, menjadi pemegang Rekod Dunia Guinness berjaya mengubah hidupnya.


Ads by Kiosked
“Saya dapat pergi ke negara yang berbeza dan melihat semua jenis budaya yang berbeza dan bergaul dengan orang yang baik dan menikmati makanan yang enak.

“Ia sangat menyeronokkan dan saya melihat buku itu sebagai seorang kanak-kanak dan untuk berada di dalamnya adalah satu penghormatan. Ia sangat besar.

Resort berbentuk permainan ‘Jenga’ paling mewah di dunia

Lelaki lidah terpanjang keluarkan lima blok Jenga


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker